BAGAIMANA SAYA INGIN MULAKAN E3P
Mula Menggunakan e-Sijil 3P dalam 4 langkah mudah!
Daftar!
Adakah perniagaan anda sudah berdaftar dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)? Jika tidak, sila login ke laman web www.e3p.com.my.
Aliran Proses
Bagi barangan yang memerlukan permit & bagi barang-barang yang tidak perlu permit
Bagi barangan yang memerlukan permit, proses aliran import / eksport adalah seperti berikut: -
1 | E/I/A memohon 3P melalui Sistem 3P FAMA. |
2/2a | Jika perlu permit, E/I/A memohon permit melalui Sistem ePermit dan data dihantar ke Sistem SMK untuk Tujuan pendaftaran. |
3/3a | Maklumat maklumbalas kastam dihantar semula ke sistem 3P melalui sistem ePermit. |
4 | E/I/A membuat pembayaran melalui Sistem FSPG. |
4a | Status bayaran akan dihantar ke sistem 3P dan hanya item yang telah dihantar akan dipaparkan untuk pengesahan & kelulusan pegawai FAMA. |
5 | Maklumat dihantar ke Sistem eDeclare dan E/I/A melengkapkan pengisytiharaan Kastam (K1/K2). |
5a | Maklumat dihantar ke Sistem SMK untuk tujuan kelulusan Kastam. |
6 | Pegawai MAQIS membuat pengesahan Sijil Perakuan 3P. |
6a | Pemeriksaan dan kelulusan oleh pegawai MAQIS di sistem SMK. |
7a | Maklumat maklumbalas Kastam dihantar kesitem 3P selepas mendapat kelulusan dan pelepasan Kastam melalui Sistem eDeclare. |
Bagi barang-barang yang tidak memerlukan permit, proses aliran import / eksport adalah seperti berikut: -
1 | E/I/A memohon 3P melalui Sistem 3P FAMA. |
2 | E/I/A membuat pembayaran melalui Sistem FSPG. |
2a | Status bayaran akan dihantar ke Sistem 3P dan hanya item yang telah dibayar akan dipaparkan untuk pengesahan & kelulusan pegawai FAMA sebelum E/I/A melengkapkan permohonan Sijil Perakuan 3P import/ eksport di Sistem 3P |
3 | Maklumat dihantar ke Sistem SMK untuk tujuan kelulusan Kastam(K1/K2). |
3a | Maklumat yang dihantar ke Sistem SMK untuk tujuan kelulusan Kastam. |
4 | Pegawai MAQIS membuat pengesahan Sijil Perakuan 3P ('view only'). |
4a | Pemeriksaan dan kelulusan oleh pegawai MAQIS di sistem SMK. |
5 | Maklumat maklumbalas Kastam dihantar ke Sistem 3P selepas mendapat kelulusan dan pelepasan Kastam melalui Sistem eDeclare. |