Mengenai Esijil 3P
Mengautomasikan proses kerja penggredan, pembungkusan dan pelabelan di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemasaran hasil keluaran pertanian.
MEMPERKENALKAN PORTAL E3P
PENYELESAIAN MUDAH DAN CEPAT!
Hasil Berkualiti Bermakna Pulangan Berkualiti Untuk Anda!
Program peningkatan kualiti pertanian melalui Penggredan, Pembungkusan dan Perlabelan, penting untuk memastikan semua keluaran pertanian digred, dibungkus dan dilabel sebelum ia dipasarkan (eksport/import/di dalam negeri).
Selain itu, ia dapat meningkatkan kecekapan & keberkesanan pemasaran keluaran pertanian agar terus berdaya saing. Tambahan pula, ia berupaya mengekalkan pasaran sedia ada atau meluaskan akses pasaran di dalam dan luar negara sejajar dengan perubahan perdagangan dunia.
Keluaran hendaklah digred, dibungkus, dan dilabel mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Seterusnya mendapat perakuan pemeriksaan sebelum dieksport atau diimport. Keluaran yang dieksport hendaklah dibungkus mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negara pengimport.